Sunday, January 31, 2021

BERUSAHA UNTUK SOLAT BERJEMAAH DI MASJID TAPI TAK SEMPAT.

Sayyidina Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.aw. bersabda. “Seseorang yang berwuduk dengan sempurna lalu pergi (ke masjid untuk solah berjemaah) lalu mendapati orang ramai telah selesai solah berjemaah, Allah s.w.t akan memberi kepadanya ganjaran pahala yang sama sebagaimana mereka yang telah solah berjemaah, tanpa mengurangkan sedikit pun daripada pahala mereka.” (Hadis riwayat Abu Daud, Nasai dan Hakim)

Betapa besarnya kemurahan dan nikmat Allah, semata-mata hanya kerana cuba dan usaha (untuk solah berjemaah) tetap dikurniakan pahala solah berjemaah walaupun tidak sempat menyertai solah berjemaah. Siapakah yang akan rugi kalau kita sendiri tidak mengambil peluang daripada kurniaan Allah ini?

Melalui hadis ini juga kita dapat mengetahui bahawa janganlah kita membatalkan niat untuk ke masjid kerana menyangka bahawa solah berjemaah mungkin telah selesai. Sekiranya kita tiba di masjid dan rnendapati solah memang telah selesai masih juga kita mendapat pahala beljemaah. Walau bagaimanapun, sekiranya kita telah yakin bahawa solah berjemaah sudah selesai, maka tidak salah kalau tidak pergi ke masjid untuk berjemaah.

9 KELEBIHAN ZIKIR

Zikir bukan sahaja dilakukan selepas solat tapi boleh pada pada bila-bila masa. Sibuk dengan aktiviti harian bukan bermakna tiada ruang untu...