Betapa besarnya kemurahan dan nikmat Allah, semata-mata hanya kerana cuba dan usaha (untuk solah berjemaah) tetap dikurniakan pahala solah berjemaah walaupun tidak sempat menyertai solah berjemaah. Siapakah yang akan rugi kalau kita sendiri tidak mengambil peluang daripada kurniaan Allah ini?
Melalui hadis ini juga kita dapat mengetahui bahawa janganlah kita membatalkan niat untuk ke masjid kerana menyangka bahawa solah berjemaah mungkin telah selesai. Sekiranya kita tiba di masjid dan rnendapati solah memang telah selesai masih juga kita mendapat pahala beljemaah. Walau bagaimanapun, sekiranya kita telah yakin bahawa solah berjemaah sudah selesai, maka tidak salah kalau tidak pergi ke masjid untuk berjemaah.

No comments:
Post a Comment